|
Written by Admin
|
|
Wednesday, 02 July 2008 |
|
Program "Bicara Akademik" Program "Bicara Akademik" iaitu perjumpaan antara ibu bapa dan guru untuk tujuan pengambilan Slip Laporan Kemajuan Murid & Perbincangan dengan guru kelas/akademik akan berlangsung pada Jumaat, 4 Julai 2008 bermula jam 2.00 petang - 5.00 petang bertempat di Dewan Puteri Perdana. Perjumpaan khas antara ibu bapa murid Tingkatan 3 dan 5 akan berlangsung di Dewan Kuliah Puteri mulai jam 3.00 petang. Semua Ibu Bapa/ Penjaga dijemput hadir. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Mesyuarat Jawatankuasa PIBG akan berlangsung di Bilik PIBG pada Khamis, 3 Julai 2008 mulai jam 8.30 malam. Semua AJK dijemput hadir. Lawatan Delegasi Kementerian Pelajaran Vietnam

Delegasi seramai 42 orang daripada Kementerian Pelajaran Vietnam telah mengadakan lawatan ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada Isnin, 30 Jun 2008 bermula jam 8.30 pagi. Delegasi pelawat yang turut disertai Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kluster serta pegawai-pegawai KPM dan Time Engineering diberi taklimat ringkas oleh Pengetua Kanan dan dibawa melawat sekitar kawasan sekolah, khususnya bagi melihat perjalanan P&P dan juga infrastruktur ICT. |
|
Last Updated ( Wednesday, 02 July 2008 )
|