SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA!

Atas insentif yang telah diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, atas kejayaan dan kecemerlangan Sukan SEA 2017, hari Isnin (4 September 2017) telah di isytiharkan sebagai Cuti Umum. 

Oleh yang demikian, semua murid dibenarkan pulang ke asrama pada hari Isnin (4 September 2017), sebelum jam 6 petang. 

Trip bas sekolah juga, akan bergerak pada hari Isnin (4 September 2017) mengikut destinasi yang telah di tempah oleh pelajar-pelajar.

Walaubagaimanapun, murid yang telah membuat tempahan bas luar dan tiket kapal terbang, boleh pulang ke asrama pada hari Ahad (3 September 2017) sebelum jam 6 petang. Mohon kerjasama semua ibu/bapa/penjaga murid, untuk memberi maklumbalas pada kumpulan whatsapp kelas masing-masing sebelum atau pada hari Jumaat (1 September 2017) sekiranya anak tuan/puan akan kembali ke sekolah pada hari Ahad (3 September 2017) untuk memudahkan penyediaan makanan oleh pihak Dewan Makan. 

Sekian, untuk makluman semua.