BICARA AKADEMIK DAN CUTI AKHIR TAHUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Untuk makluman semua ibu bapa/ penjaga.

1. Majlis Bicara Akademik bagi murid ting 1, 2 dan 4 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Nov 2017

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Kelas masing-masing(kelas asal)

Semua ibu/bapa/penjaga boleh berjumpa guru kelas untuk sesi perbincangan akademik dan boleh membawa anak tuan/puan pulang setelah selesai urusan Bicara Akademik.

2. Waktu balik bermalam bagi murid tingkatan 3 dan ibu/bapa/penjaga murid yang tidak hadir, akan bermula jam 12.30 tengah hari.

Terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan.