SISTEM AUTOMASI UNTUK OUTING DAN BALIK BERMALAM

Untuk makluman semua ibu/bapa/penjaga, Sekolah Seri Puteri dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengambil langkah proaktif untuk menggantikan kaedah manual outing dan balik bermalam dengan menggunakan sistem automasi yang dinamakan iScore.

Sistem ini telah dijalankan secara rintis kepada murid Tingkatan 1 tahun 2017. Sistem ini akan diperluaskan penggunaannya kepada semua murid Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Mohon kerjasama ibu/bapa/penjaga untuk memuat turun dan mengisi borang yang di lampirkan di sini dan menyerahkannya semasa Hari Pendaftaran pada 1 Januari 2018.

Harap maklum dan terima kasih.