MAKLUMAN BERKAITAN CUTI THAIPUSAM 2018

Untuk makluman 31 Januari 2018 (Rabu) adalah cuti umum Hari Thaipusam. Oleh yang demikian, ibu/bapa/penjaga murid boleh datang melawat bermula dari jam 11.00 pagi – 5.00 petang.

Mohon jasa baik semua ibu/bapa/penjaga murid untuk meninggalkan premis sekolah dan asrama sebelum jam 5.00 petang. Hal ini kerana untuk memberi laluan kepada semua murid mengurus diri dan bersiap sedia untuk Program Solat Sunat Gerhana pada malam tersebut.

Kerjasama, pemahaman dan jasa baik semua ibu/bapa/penjaga murid didahului dengan ucapan terima kasih.