MAKLUMAN BERKAITAN BALIK BERMALAM CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 DAN PENATARAN ILMU TINGKATAN 3, 4 DAN 5

  1. Cuti Pertengahan Penggal 1 akan bermula pada 17 – 25 Mac 2018.
  2. Semua murid Tingkatan 1 & 2 dibenarkan balik bermalam bermula 16 Mac 2018 iaitu pada hari Jumaat selepas jam 12.00 tengahari.
  3. Tiada perjalanan pulang (trip bas) disediakan ke mana-mana destinasi, kerana bilangan murid yang akan menaiki bas pada tarikh tersebut, adalah tidak mencukupi. Hal ini kerana, murid Tingkatan 3, 4 & 5 terlibat dengan Penataran Ilmu. Bagaimanapun, pihak sekolah, masih menguruskan pembelian tiket bas luar.
  4. Semua murid Tingkatan 3, 4 & 5 akan terlibat dengan Penataran Ilmu bermula 16 – 19 Mac 2018. Mereka hanya dibenarkan pulang bermula 20 Mac 2018 jam 7.00 pagi.
  5. Ibu bapa penjaga murid, diharap dapat merancang perjalanan, supaya dapat memastikan anak tuan/puan sampai ke sekolah sebelum jam 6 petang pada hari Ahad (25 Mac 2018).

Keprihatinan dan pertimbangan semua ibu/bapa/penjaga, didahului dengan ucapan terima kasih.