MAKLUMAN BALIK BERMALAM DEEPAVALI DAN SOLAT HAJAT SPM TINGKATAN 5

Untuk makluman cuti Deepavali adalah pada 3 – 7 November 2018. Oleh yang demikian semua murid kecuali Tingkatan 5, dibenarkan balik bermalam pada hari Jumaat – 2 November 2018 bermula jam 1.30 petang.

Semua ibu/bapa/penjaga diminta merancang perjalanan untuk menghantar anak ke sekolah semula pada 7 November 2018 sebelum jam 6.00 petang.

Untuk murid Tingkatan 5, Solat Hajat SPM adalah pada ketetapan berikut :

Tarikh : 3 November 2018

Masa : bermula jam 10.00 pagi

Semua murid Tingkatan 5 dibenarkan ‘outing’ (mengikut prosedur ‘outing’ biasa) selepas selesai Solat Hajat.

Terima kasih dan harap maklum.