PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2019

Selamat datang kepada Puteri Bongsu Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada 8 Januari 2019.

Berikut merupakan beberapa maklumat penting untuk sesi pendaftaran pada hari ini :-

1. Sesi Pendaftaran akan bermula pada jam 8.15 pagi di Dewan Puteri Perdana.

2. Sarapan ada disediakan di sebelah kiri dewan. Semua murid, ibubapa dan penjaga dijemput menjamu selera.

3. Mohon ibubapa dan penjaga memuat turun aplikasi Telegram di telefon bimbit masing-masing bagi memudahkan proses pendaftaran hari ini.

4. Sesi Pendaftaran akan berhenti seketika pada jam 11.00 pagi bagi memberi laluan kepada Program Penyerahan Murid Tingkatan 1 kepada Pihak Sekolah.

Harap maklum dan terima kasih.