BALIK BERMALAM THAIPUSAM 2019

Makluman berkaitan Pulang Balik Bermalam Thaipusam : 19 – 21 Januari 2019

1. Anak-anak dibenarkan pulang mulai jam 12.00 tengahari pada hari Sabtu (19/1/2019).

2. Untuk mengatasi masalah kesesakan dalam kawasan sekolah dan pondok pengawal, disarankan anak-anak tingkatan 1 & 2 diambil pada jam 12.00 – 1.00 tengahari. Manakala tingkatan 3, 4 dan 5 boleh diambil mulai jam 1 tengahari ke atas.

3. Memandangkan Sistem Keluar Masuk – iSCORE pertama kali digunakan oleh semua murid, mohon bersabar dan bertenang di Pondok Pengawal hadapan. Pastikan semua permohonan diluluskan.

4. Pastikan anak tuan/puan thumbprint di pondok jaga sewaktu keluar dan masuk ke kawasan sekolah.

5. Sila rancang perjalanan balik ke sekolah agar tidak lewat daripada 6 petang.

Terima kasih.