KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pada 19 -22 Februari 2019, seramai 4 orang murid Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya diiringi Pn Nurhafizah Zailan telah menyertai Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan Asrama Sekolah Berasrama Penuh (SBP) anjuran BPSBPSK bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) dengan jayanya.

Program yang diadakan selama 4 hari 3 malam ini bertujuan untuk membina sikap dan gaya kepemimpinan murid sebagai ketua rumah di SBP, meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada ketua rumah dan penolong ketua rumah SBP dan melahirkan ketua rumah dan penolong ketua rumah yang berkeyakinan, berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji.

Murid yang menyertai program ini ialah:

1- Puteri Balqis Syafiqah Binti Zulkifli (5E)

2- Ilya Nabihah Binti Laili (5U)

3- Nurhanim Nazyra Binti Rosly (5P)

4- Nur Batrisyia Binti Hanapi (5E)

Tahniah diucapkan kepada Puteri Balqis Syafiqah Binti Zulkifli (5 kerana telah dianugerahkan peserta terbaik bagi rumah sukan yang diwakilinya iaitu Merah.