forex trading logo

Home Berita Berita Sekolah (Umum) MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SSP @ Cyberjaya   
Ahad, 17 Oktober 2010 18:55

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan perhimpunan khas sempena pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah. Perhimpunan diadakan pada Isnin, 18 Oktober 2010 mulai jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Dewan Perdana Puteri. En Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN MELALUI PENTERJEMAHAN" dan seterusnya merasmikan sambutan bulan bahasa kebangsaan tahun 2010.

Perhimpunan khas dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU, Lagu negeri SELANGOR, Bacaan Ikrar, Doa, Ucapan Pengetua Cemerlang, Syarahan dan Deklamasi Puisi oleh wakil murid. Cikgu Asmiza Minoh pula dengan penuh penghayatan menyanyikan lagu "SEROJA" dengan iringan petikan gitar oleh Cikgu Ahmad Rizal Md Rais. Acara diteruskan dengan nyanyian lagu BAHASA JIWA BANGSA beramai-ramai sebelum diakhiri dengan nyanyian lagu Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Oktober untuk menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan serta mendidik warga sekolah untuk menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul. Antara aktiviti ialah pertandingan syarahan, debat, deklamasi puisi, nyanyian lagu rakyat dan teka silangkata.

"1BAHASA, 1BANGSA DAN 1NEGARA"

Kali Terakhir ubah Isnin, 18 Oktober 2010 21:17
 

FACEBOOK




Hakcipta Terpelihara 2010 © Sekolah Seri Puteri

PENAFIAN: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Dijanakan oleh XHTML and CSS.