forex trading logo

KLINIK MEMANAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SSP @ Cyberjaya   
Jumaat, 04 Mac 2011 21:06

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan 'Klinik Memanah' bermula pada Jumaat, 4 Mac 2011 hingga Ahad, 6 Mac 2011 bertempat di SSP Cyberjaya. Turut menyertai 'Klinik Memanah' ialah wakil daripada SBPI Sabak Bernam, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Objektif utama penganjuran 'Klinik Memanah' ialah untuk mempersiapkan wakil-wakil sekolah yang akan mengambil bahagian di Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan  bertempat di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin , Pulau Pinang. Penganjuran klinik ini yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih bertauliah merupakan satu langkah penting untuk mempersiapkan pasukan Zon Tengah yang mampu mengungguli kejohanan. Klinik seumpama ini juga merupakan peluang dan kesempatan yang terbaik kepada para pemain pelapis dan ahli Kelab Memanah SSP untuk menimba pengetahuan dan pengalaman.

 

 

Kali Terakhir ubah Sabtu, 05 Mac 2011 19:24
 

FACEBOOK




Hakcipta Terpelihara 2010 © Sekolah Seri Puteri

PENAFIAN: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Dijanakan oleh XHTML and CSS.