forex trading logo

Home Berita Berita Sekolah (Umum) TAHNIAH - PENGARAH BARU BPSBPSK
TAHNIAH - PENGARAH BARU BPSBPSK PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SSP @ Cyberjaya   
Sabtu, 07 Mei 2011 21:44

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengalu-alukan perlantikan Tuan Haji Rosland Bin Hussein sebagai Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bermula pada 10 Mei 2011 menggantikan Puan Ashah Bt Samah yang bersara wajib pada 9 Mei 2011.Tuan Haji Rosland merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Dasar & Penyelidikan Pendidikan (EPRD) , KPM. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Lanjutan (MA) Pentadbiran Pendidikan dari UKM. Sepanjang perkhidmatan selama 33 tahun, yang bermula sebagai Guru Fizik , pelbagai jawatan telah disandang antaranya Penolong Kanan dan juga Pegawai Kanan di Jabatan Pelajaran Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Syabas & Tahniah.

Kali Terakhir ubah Sabtu, 07 Mei 2011 21:52
 

FACEBOOK




Hakcipta Terpelihara 2010 © Sekolah Seri Puteri

PENAFIAN: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Dijanakan oleh XHTML and CSS.