Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan ceramah khas bersempena Sambutan Hari Ibu 2010. Ceramah yang bertajuk "Setitis Air Mata Ibu" disampaikan oleh Dr Robiah K. Hamzah berlangsung di Dewan Perdana Puteri pada Jumaat, 14 Mei 2010 mulai jam 3.30 petang. Majlis dihadiri oleh guru dan semua murid SSP. Turut hadir ialah Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Wan Norasiah Che Jaafar, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia dan Y.Bhg. Datin Zaliah Ismail, Pengetua SMK Dato' Abu Bakar Baginda.
Majlis berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat, 22 Mac 2013 jam 8.30 malam. Perasmian FRSIS 2013 disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Seri Puteri Winds (SP Winds) akan mengadakan konsert amal yang dikenali sebagai “Konsert Amal Flourishes 2013” pada Rabu, 22 Mei 2013 mulai jam 8.15 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Konsert Amal ini merupakan konsert kali ketiga yang dipersembahkan oleh SP Winds. Konsert pertama pada tahun 2011 di Auditorium Cempakasari, Kompleks Perbadanan Putrajaya manakala konsert kedua diadakan pada tahun 2012 juga ditempat yang sama. Konsert Amal yang dianjurkan oleh PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merupakan satu daripada aktiviti mengumpul dana bagi membiayai penyertaan SP Winds ke "Australian International Music Festival – AIMF2013” yang akan berlangsung di Sydney Opera House pada 7-14 Julai 2013. Objektif lain ialah untuk mempersembahkan bakat dan kebolehan murid-murid yang terlibat dalam Pasukan Pancaragam serta meningkatkan jalinan kerjasama antara ibu bapa, pihak luar dan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
Konsert yang berdurasi dua jam dibahagikan kepada dua segmen. Segmen pertama mempersembahkan lagu-lagu seperti Pax Romana, Jauh-jauh, Pater Noster, Fantasia 2000, Greensleeves dan Nessun Dorma. Segmen kedua pula mempersembahkan My Favourite Things, Joget Kenangan, My Way, Themes from 007, Carpenter’s, Forever dan Cindai. Tiket-tiket berharga RM25.00, RM75.00, RM150.00, RM250.00, RM350.00 dan RM500.00 dibuka untuk jualan dan tempahan. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Puan Shahriyah Abdul Rashid (019-4352090) atau emel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
. Tempahan tiket boleh dibuat di SINI. Sokongan semua amat dihargai.
Kali Terakhir ubah Isnin, 13 Mei 2013 07:21
GOTONG ROYONG PERDANA
Ditulis oleh SSP @ Cyberjaya
Jumaat, 14 Mei 2010 07:27
Sekolah Seri Puteri Cyberjaya akan menganjurkan majlis 'Gotong Royong Perdana' pada Sabtu, 15 Mei 2010 mulai jam 7.30 pagi. Program ini merupakan program yang akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Guru. Semua guru dan murid akan terlibat dalam program ini. Guru dan murid telah diagihkan tugasan masing-masing yang melibatkan semua tempat dan lokasi di seluruh kawasan sekolah. Majlis seumpama ini diharap akan lebih mengeratkan hubungan dan kerjasama warga sekolah khususnya melalui aktiviti sosial dan kemasyarakatan.